CARA MUDAH BUANG LATAR BELAKANG MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP



Salam semua…
Kepada anda yang baru ingin berjinak-jinak menggunakan Adobe Photoshop ini adalah salah satu tutorial yang sangat tepat untuk anda. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang latar belakang sesuatu imej. Untuk kali ini saya akan tunjukkan cara yang paling mudah untuk anda dan sangat berguna untuk digunakan pada logo. Akan datang saya akan tunjukkan pula cara lain yang boleh digunakan untuk membuang latar belakang pada imej yang sederhana susah. Semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.

Tips pada kali ini: Gunakan gambar-gambar yang tidak mempunyai banyak warna pada latar belakangnya dan latar belakang yang tiada tulisan atau perkataan.

1.       Buka imej yang ingin digunakan.
 
2.   Di sebelah kanan anda akan terlihat layer “Background”. Klik kanan pada mouse anda seperti dalam rajah di bawah.

 3.   Klik “Duplicate Layer”. Tujuan membuat salinan asal gambar adalah apabila anda membuat sebarang kesilapan yang tidak diigini pada gambar yang sedang digunakan jadi anda boleh buangkan ia dengan klik ikon tong sampah dan mulakan kembali kerja-kerja meng-edit menggunakan langkah yang sama.
 
4.   Klik “OK” untuk langkah yang seterusnya.


5.   Hilangkan tanda mata supaya anda boleh lihat gambar yang ingin di-edit sahaja juga dapat mengelakkan kekeliruan.

6.   Lihat bar di sebelah kiri kemudian “klik kanan” pada ikon pemadam (eraser tool) kemudian klik pula pada “Magic Eraser Tool”.

7.   Klik pada latar belakang dan lihat hasilnya. Kotak-kotak kelabu putih merupakan simbol yang menandakan ianya telus atau kata lainnya transparent.


Untuk menyimpan gambar yang berbentuk transparent ia mestilah di simpan dengan menggunakan format yang khusus. Format yang biasa digunakan adalah PNG, PNS. Ikuti langkah seperti di bawah jika anda masih ragu-ragu.

8.      Klik “File” dan pilih “Save As…”



9.      Di bahagian “Save as type:” pilih dan klik “PNG (*.PNG, *.PNS)”



10.   Kemudian klik “Save”.

11. Terus sahaja klik “OK” untuk simpanan berkualiti biasa. Anda juga boleh tetapkan Compression kepada None / Fast dan Interlace kepada Standard untuk kualiti imej yang baik dengan saiz simpanan yang sedikit besar atau berat berbanding simpanan berkualiti biasa.



12.    Inilah hasilnya.




Berikut adalah perbezaan sebelum dan selepas. Semoga anda berjaya melakukannya. All The Best!!





SELAMAT MENCUBA….

0 comments: