Pentingnya Backup!!



Apa itu backup?
Backup adalah proses membuat salinan pada fail-fail dan dokumen-dokumen anda. Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, kerana siapa tahu, esok lusa Windows anda akan rosak dan tidak berfungsi. Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbuang data-data anda yang berharga. Proses mengembalikan semula data yang hilang dipanggil sebagai restore.

Kepentingan backup:
Kehilangan data boleh berlaku dalam pelbagai keadaan antaranya system crash, serangan virus ataupun misopreration boleh mengakibatkan kerugian yang amat besar. Bayangkan foto-foto yang anda telah simpan bertahun-tahun atau tugasan-tugasan universiti anda sepanjang semester, tiba-tiba hilang dalam sekelip mata.

Backup boleh dibuat secara manual, iaitu copy dan paste sahaja fail-fail anda ke dalam hard drive yang lain. Terdapat juga cara yang mudah untuk backup satu partition atau har drive, contohnya dengan menggunakan perisian seperti Acronis True Image, Symantec Ghost atau PING.

0 comments: