Buat Partition Baru Pada Internal atau External Hard Disk
Partition juga boleh dibuat
menggunakan Disk Management tools apabila anda dah masuk sistem Windows. Cara ini boleh digunakan pada internal hard disk mahupun di external hard disk cuma anda perlu mengenal pasti mana satu ruangan hard disk yang ingin di-partition-kan.
Seperti contoh dibawah ini terdapat 3 hard disk iaitu Disk 0, Disk 1 dan Disk 2, jadi anda perlu pastikan betul2 hard disk mana yang ingin di-partition-kan itu.
Jadi, dibawah ini adalah contoh mudah untuk anda mem-partition-kan hard disk anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda
Seperti contoh dibawah ini terdapat 3 hard disk iaitu Disk 0, Disk 1 dan Disk 2, jadi anda perlu pastikan betul2 hard disk mana yang ingin di-partition-kan itu.
Jadi, dibawah ini adalah contoh mudah untuk anda mem-partition-kan hard disk anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda
Cara-caranya:
1.
Klik Start Menu dan taip partition pada
ruang Search programs dan files, Windows akan cari
program tersebut dan akan paparkannya di bahagian atas.
2.
Klik pada Create and format hard
disk partitions. Selepas itu Disk Management akan dipaparkan. Di sini ada boleh tengok semua partition dan
drive yang ada dan saiznya. Gambar dibawah menunjukkan cuma ada drive
c:, system reserve dan cd-rom drive. Dari Disk Management tersebut
kita dapat tahu bahawa drive C dan System Reserve berada dalam hard disk yang
sama. System reserve adalah partition yang dibuat oleh Windows, jadi jangan
ubah apa-apa yang itu.
3.
Langkah seterusnya, klik
butang kanan mouse pada partition C dan klik Shrink Volume. Di sini saya kecilkan
partition C supaya dapat buat partition E.
4.
Taip 1500 pada ruangan Enter the amount to
shrink in MB. Kapasiti maksimum yang
boleh saya buat adalah 2,201 MB. Jadi tak ada masalah la jika saya nak buat
partition E sebesar 1,500 MB sahaja.
5.
Klik butang Shrink. Dalam beberapa
saat (bergantung kepada saiz), partition C akan dikecilkan kepada 8.44 GB dan
ada ruang baru sebesar 1.46 GB, boleh buat partition baru di situ.
6.
Klik kanan butang mouse
dan klik New Simple Volume.
7.
Akan keluar Volume
Wizard, klik Next.
8.
Taipkan saiz partition baru. Di
sini saya letak maksimum 1499. Tekan Next.
9.
Tetapkan huruf drive yang baru.
Sebagai contoh, drive baru saya ialah E.
10.
Format partition. Dalam
gambar dibawah, semuanya default value. Saya cuma ubah Volume label sahaja.
Tekan Next kemudian tekan Finish.
Inilah contoh partition baru yang telah siap iaitu Drive E.
SELAMAT MENCUBA!!
HWAITING!!! (Bahasa Korea)