Alamat IP


Alamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP). Kesemua peranti berkaitan seperti penghala, komputer, pelayan masa, pencetak, mesin faks internet, dan sesetengah telefon boleh mempunyai alamat IP sejagat unik.


Versi IP
IP versi 4
Protokol Internet versi 4 (IPv4) merupakan semakan keempat dalam pembangunan Protokol Internet (IP) dan ia merupakan veris pertama yang dilaksanakan secara meluas. Bersama - sama dengan IPv6, ia merupakan teras kaedah antara jaringan berasaskan piawaian bagi Internet. IPv4 setakat ini masih lagi merupakan protokol Lapisan Internet yang paling digunakan secara meluas. Pada 2010, pelaksanaan IPv6 masih lagi belum matang.

IPv4 menggunakan alamat 32-bit (4 bait), yang menghadkan ruang alamat kepada 4,294,967,296 (232) alamat unik. Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu: A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Manakala yang lain disimpan untuk untuk tujuan khas. Walau bagaimanapun telah muncul kaedah untuk menulis IP dengan tidak terikat dengan kelas dipanggil CIDR (Class-less Inter Domain Routing).
Contoh: 127.0.0.1





Kehabisan ruang alamat
Semenjak 1980-an, sudah ketara bahawa jumlah alamat IPv4 yang tersedia semakin berkurang pada satu kadar yang tidak dijangka semasa mereka bentuk rangkaiannya. Faktor inilah yang mendorong kepada pengenalan rangkaian berkelas - kelas, terciptanya pengalamatan CIDR, dan akhirnya perekabentukan semula Protokol Internet, berasaskan format alamat yang lebih besar (IPv6).
Kini, terdapat beberapa pendorong kepada meningkatnya kehabisan alamat IPv4:
·         Peranti mudah alih - laptop, PDA, telefon bimbit
·         Peranti sentiasa terpasang - modem ADSL

IP versi 6
Protokol Internet versi 6 (bahasa Inggeris: Internet Protocol version 6 atau IPv6) merupakan protokol antara rangkaian untuk komunikasi data generasi baru. IPv6 dibangunkan oleh IETF The Internet Engineering Task force bagi menggantikan protokol internet (IP) sekarang, Protokol Internet versi 4 (IPv4).
IPv6 mempunyai ciri 128 bit, jauh lebih besar daripada alamat IPv4 (32 bit). IPv4 yang sudah digunakan lebih kurang 20 tahun hanya mampu menampung 4 bilion alamat IP berbanding dengan populasi dunia yang kini berjumlah lebih daripada 6 bilion. Manakala IPv6 mampu mendaftar lebih kurang 3.4×1038 alamat IP untuk menyokong populasi dunia dan Internet yang kian meningkat.

Disebabkan alamat IPv4 dikhuatiri habis tidak lama lagi, piawaian IPv6 sedang giat dijalankan. Alamat IPv6 adalah sepanjang 128 bit (16 bait), yang akan memberikan 2128, atau kira-kira 3.403 × 1038 alamat unik. Ini difikirkan cukup untuk tempoh yang lama.
Contoh: 2001:0db8:85a3:08d3:1319:8a2e:0370:7334

0 comments: