Lock Folder dengan TrueCrypt


Encryption?
Secara ringkas, encryption menyelerakkan struktur sesuatu fail supaya tidak dapat dibaca oleh orang lain.

Cara-cara Menggunakan TrueCrypt
1.      Perkara pertama harus anda buat adalah menetapkan satu tempat baru untuk menyimpan fail-fail sulit anda. Klik “Creat Volume”.

2.      Satu tetingkap “TrueCrypt Volume Creation Wizard” akan terpapar. Biarkan plihan biasa, iaitu “Create a standard TrueCrypt volume” dan klik Next.

3.      Pada paparan seterusnya, klik “Select File”. Di sini anda perlu membuat nama fail yang akan digunakan untuk menyimpan fail-fail sulit anda. Sebagai contoh, saya namakan fail saya sebagai “kami”. Klik Save dan kemudian klik Next.

4.      Di sini anda dikehendaki memilih kaedah ecryption. Biarkan pilihan yang biasa dan klik Next.

5.      Anda dikehendaki menetapkan saiz bagi direktori sulit anda. Di sini saya tetapkan 1000MB yang bermakna direktori sulit saya mempunyai had sebanyak 1GB.

6.      Seterusnya, tetapkan kata laluan. Hanya orang yang mempunyai kata laluan boleh memasuki dan menggunakan direktori sulit ini.

7.      Sebelum format bermula, anda boleh menggerak-gerakkan tetikus supaya proses encryption menjdai lebih rawak. Jika anda tidak faham, klik je Format dan tunggu sehingga proses format selesai.

8.      Setelah proses format selesai, klik Exit.

Kini anda telah berjaya membuat direktori sulit anda. Bagaimana nak menggunakannya? Begini caranya:
1.      Buka TrueCrypt, pilih mana-mana drive untuk meletakkan direktori anda. Klik “Select File” dan pilih fail yang anda buat tadi.

2.      Klik Mount.

3.      Masukkan kata laluan.

4.      Berdasarkan contoh, direktori saya telah diletakkan pada drive Z:. Jika saya membuka drive Z: dari My Computer, saya boleh meletakkan fail-fail yang ingin saya sembunyikan. Untuk menyembunyikan kembali direktori ini, klik Dismount.

Download: TrueCrypt

0 comments: