Dapatkan Fail Yang Dipadam Menggunakan Recuva

Bagaimana untuk mendapatkan fail-fail yang terpadam pada media USB ataupun mikro-SD?  Kini para anda boleh mendapatkan kembali fail-fail yang terpadam itu dengan mengunakan aplikasi “recovery” yang sedia ada dan salah satunya adalah Piriform Recuva.




Walaubagaimanapun, versi percuma yang ditawarkan adalah terhad, namun masih boleh digunakan untuk mendapatkan beberapa fail yang hilang. Namun bukan semua fail yang terpadam dapat dicari, dan ia masih sukar untuk mendapatkan beberapa fail yang terpadam sepenuhnya.

Namun, bagi mereka yang berminat mungkin boleh mencuba nasib dengan menggunakan aplikasi ini, dan sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi serupa, boleh kongsikannya bersama pembaca lain diruangan komen.

0 comments: