Apa itu DEEP FREEZE??
Deep Freeze adalah sebuah program yang
berfungsi untuk mengembalikan sistem operasi komputer kita kepada keadaan yang
asal selepas melakukan restart. Kalau anda kaki cyber-cafe pasti anda tau kan??
Sebab kebanyakan cyber-cafe sekarang telah menggunakan Deep Freeze.
Perisian ini
mampu menjimatkan kos. Hal ini kerana, segala perubahan yang dibuat pada sistem
komputer adalah tidak kekal. Selepas komputer direstart, ia kembali kepada yang
asal. Sebagai contoh, seorang pengguna komputer di kafe siber secara tidak
sengaja menjangkiti komputer dengan virus atau trojan melalui pendrivenya. Jika
tiada perlindungan maka komputer itu telah pun dijangkiti.
Tiada satu pun
perisian Anti-virus di dunia ini yang mampu menangkis semua jenis virus atau
trojan. Apabila pemilik kafe siber itu telah memasang perisian Deep Freeze pada
komputernya sebelum kejadian itu berlaku maka virus tadi akan hilang begitu
sahaja selepas komputer itu direstart.
Jadi ia
menjimatkan kos dan masa bukan? Bak kata pepatah, mencegah lebih baik
dari mengubati. Tindakan memasang perisian Deep Freeze adalah satu
langkah bijak.
Cara-cara Install:
1.
Pada paparan “Welcome to Deep Freeze
Standard Installation” klik Next.
2.
Tanda pada ruang “I accept the
terms in the License Agreement”
menandakan anda bersetuju dengan syarat yang ditetapkan dan ingin meneruskan
pemasangan. Klik Next untuk
langakah seterusnya.
3.
Masukkan “License Key” pada
ruang yang disediakan jika tidak ada tanda pada
ruang “Use Evaluation” kemudian klik Next.
4.
Pilih mana-mana drive
yang ingin di “Frozen” misalnya
Drive C: dan klik Next.
5.
Klik Install
jika anda sudah bersedia untuk memasang Deep
Freeze. Tunggu sehingga pemasangan siap dan windows dengan sendirinya akan
restart/reboot.
Cara-cara menggunakan Deep Freeze:
1.
Tekan Shift pada papan
kekunci (key board), pada masa yang
sama Double
click pada icon Deep Freeze di “sys tray”.
2.
Untuk penggunaan kali pertama
klik sahaja Ok kerana anda
belum lagi menetapkan sebarang kata laluan pada Deep Freeze anda.
3.
Sekarang anda boleh menetapkan kata
laluan jika mahu, jika tidak anda boleh
abaikan langkah ini.
Memahami Deep Freeze:
Cara-cara Uninstall:
1.
Tekan Shift pada papan
kekunci (key board), pada masa yang
sama Double
click pada icon Deep Freeze di “sys tray”.
2.
Masukkan kata laluan dan klik Ok.
3.
Pilih “Boot Thawed” kemudian klik Ok dan restart atau reboot komputer anda.
4.
Double click pada icon Deep Freeze
seperti mula-mula anda ingin meng-install Deep Freeze.
5.
Muncul paparan “Welcome to Deep Freeze
Standard Installation” klik Next.
6.
Klik Uninstall apabila muncul paparan “Ready to uninstall Deep
Freeze”. Reboot komputer anda dan pastinya Deep
Freeze anda sudah hilang.
SELAMAT MENCUBA J