Crash Dump..


Blue Screen Crash dump


Apa yang berlaku?
1.   Kadang2 ‘hang’ masa tengah starting Windows. So kne 2 3 kali power on baru boleh guna Windows.
2.    Tengah guna tiba-tiba komputer ‘hang’.
3.    Kadang2 restart sendiri.
4.    Keluar screen biru ‘crash dump’.

Kenapa jadinya crash dump?
1.     Mungkin RAM rosak.
2.    Mungkin hard disk rosak; atau
3.    Mungkin sistem yang rosak.

Di sini saya check RAM dahulu kerana ia paling senang utk diperiksa

Periksa RAM (memory sementara)
1.  Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM, apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard anda. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul. Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna.
2.  Cabut RAM anda
Cabut RAM anda daripada motherboard. Gunakan pemadam pensel gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering. Sebab apa ?. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.
3.  Berus Slot RAM
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya]. Proses ni bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut.
4.  Pasang semula RAM anda
Anda boleh pasang semula RAM anda dan kemudian power on komputer anda.
5.  Cabut RAM dan cuba pasang pada komputer lain
Ini adalah langkah terakhir untuk pastikan RAM anda betul-betul rosak.

Masalahnya:
Kelima-lima cara dah saya lakukan tp RAM saya still problem.

Penyelesaiannya:
Nak tak nak kena la beli RAM yang baru.


PENTING!!!
·         Cuba dulu tips nie sebab ada yang menyatakan RAM rosak.. Tapi hakikatnya banyak habuk yang melekat.
·         Jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
·         Anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card.

0 comments: