Partition


Partition ni apa ye?
Kalau anda tengok dalam My Computer ada C:, D:, E: dan sebagainya, itulah partition.

Partition hard disk??
Buat partition hard disk (hard disk partitioning) adalah untuk membahagi-bahagikan ruang simpanan data yang terdapat dalam satu hard disk kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Apabila anda membeli satu hard disk sebagai contoh hard disk berkapasiti 500 Giga Byte (500GB), anda mungkin mahu membahagi-bahagikan hard disk tersebut kepada dua bahagian atau lebih mengikut keperluan anda. Andaikan anda buat 2 partition 250GB, Windows akan nampak seoah-olah anda ada dua hard disk misalnya disk C: 250GB dan disk D: 250GB, kalau 3 partition ada tiga hard disk, disk C: 100GB, D: 200GB dan E: 200GB. Saiz kapasiti partition-partition tersebut anda boleh tentukan sendiri.

Kenapa nak buat partition?
Kebanyakan hard disk yang dijual sekarang adalah bersaiz besar, paling kurang pun 160GB. Bila anda dah pasang hard disk ni ke dalam komputer, seelok-eloknya bahagi-bahagikanlah ia kepada beberapa partition. Bergantunglah kepada keperluan dan cita rasa sendiri. Macam saya, saya akan buat partition yang berasingan untuk My Document, Multimedia dan Software.
Jika dalam hard disk anda masih ada ruang kosong, anda boleh buat partition baru dengan mudah tanpa menggunakan sebarang software tambahan. Ada dua cara mudah nak buat partition menggunakan Windows 7. Pertama, semasa nak Install Windows 7 dan kedua, gunakan Disk Management dalam Windows 7.

0 comments: