MDF (MAIN DISTRIBUTION FRAME)


MDF merupakan bahagian yang menjalankan tugas dalam pengujian dan pembaikian kerosakan talian telefon atau peralatan telefon. Semua aduan daripada pelanggan diterima dan disemak melalui doket. Seterusnya, tindakan akan diambil setelah diuji talian yang mengalami kerosakan. Bahagian ini akan memainkan peranan dalam beberapa tugas khas. Selain itu, bahagian ini bertanggungjawab terhadap rangkaian tempatan.

Berikut adalah tugas-tugas yang dilaksanakan di MDF (meja uji):
1.      Mengambil doket di printer LMG
2.      Membuat ujian (TEST SMIS)
3.      Mengedar doket kepada kumpulan penyelenggaraan (Maintanance Group)
4.      Membuat ujian bersama-sama kumpulan penyelenggaraan, iaitu panggilan dan ujian talian
5.      Menutup laporan kerosakan

o       Membuat pemasangan MDF adalah suatu perantaraan antara pelanggan dengan ibusawat. Fungsi utamanya ialah untuk menamatkan‘field cable’. Ia juga bagi melengkapkan ‘flexibility point’ di mana ‘line side’ disambungkan kepada ‘exchange side’ dengan menggunkan ‘jumper wire’.
o       Bilik MDF ini selalunya berada di atas bilik laluan kabel bawah tanah (cable camber) dalam bangunan ibusawat.
o       MDF merupakan suatu perantaraan ‘exchange side’ dengan ‘distribution side’.

0 comments: