Showing posts with label Praktikal. Show all posts

3 Jenis Kabinet


Kabinet

Kabinet berfungsi sebagai:
1.   Tempat pengujian sementara.
2.   Mengelakkan sambungan terbuka dan ia mampu mengurangkan kos dan masa untuk penyelenggaraan.
3.   Mengelakkan dari banyak sambungan.
4.   Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan rekod.
5.   Fleksibel.

Terdapat tiga jenis kabinet yang digunakan iaitu:
1.  Kabinet APO
Singkatan daripada ‘Australian Post Office’. Ia berbentuk silinder dan mempunyai 900 dan 1800 ‘port’.
2.  Kabinet Krone
Kabinet ini mempunyai dua bahagian ‘E-Side’ dan ‘D-Side’ serta mempunyai 1800 ‘port’.
3.  Kabinet Pouyet
Kabinet ini berbeza dengan kabinet Krone dimana ia mempunyai satu bahagian ‘E-Side’ dan dua bahagian ‘D-Side’ serta mempunyai 1800 ‘port’.


Pasang Jumper


Pemasangan Jumper (Jumpering)

            Kaedah ini dilakukan untuk pemasangan, pemotongan pemindahan dan pembaikan talian telefon dan juga Streamyx. Terdapat perbezaan di antara talian telefon dan juga Streamyx dimana talian telefon dihubungkan melalui NTA ke bahagian ‘E-Side’ menggunakan ‘jumper’ biru dan putih sebanyak satu ‘pair’. Manakala bagi Steramyx ia menggunakan dua ‘pair’ wayar dimana ia disambungkan dari ‘port’ (in) ke bahagian NTA dan dari ‘port’ (out) ke bahagian ‘E-Side’. Kaedah yang dijalankan bagi pemasangan talian telefon ialah:
1.   Dapatkan nombor NTA dan ‘E-Side’ daripada pesanan perkhidmatan.
Contoh:
  NTA: 000414126  VBAR: 30190431
2.   Tarik ‘jumper’ untuk disambungkan dari NTA ke bahagian ‘E-Side’.
3.   Potong ‘jumper’ yang berlebihan dengan menggunakan ‘cutter’.
4.   ‘Punch’ ‘jumper’ tersebut menggunakan ‘puncher’ pada ‘tag block’.
5.  Uji sambungan tersebut menggunakan ‘handset’ bagi memastikan ianya mempunyai bunyi (tone) atau dengan mendail 1313 untuk memastikan nombor telefon pelanggan adalah betul.
Begitu juga bagi pembaikan kerosakan talian telefon di MDF. Perkara utama yang mesti dilakukan terlebih dahulu ialah periksa ‘jumper wire’ di bahagian NTA dan bahagian ‘E-Side’ jika terdapat ‘jumper’ yang terputus atau tidak di ’punch’ dengan baik. Seterusnya barulah melakukan kaedah ‘jumpering’.



DP Box


Peti Agihan (Distribution Point Box/DP Box)


Peti agihan merupakan medium perantaraan ke rumah pelanggan. Ianya mempunyai sepuluh pasang iaitu sepuluh pelanggan atau rumah kediaman. Tetapi DP Box ini biasanya hanya menggunakan sembilan pasang sahaja. Ini kerana satu pasang lagi adalah untuk simpanan jika berlakunya kerosakan pada mana-mana ‘pair’ yang telah digunakan.
Jenis DP Box yang digunakan pada masa kini ialah ‘Agerton Rocker’ di mana ia diperbuat daripada plastik bewarna hitam yang sesuai untuk cuaca di Malaysia.

MDF (MAIN DISTRIBUTION FRAME)


MDF merupakan bahagian yang menjalankan tugas dalam pengujian dan pembaikian kerosakan talian telefon atau peralatan telefon. Semua aduan daripada pelanggan diterima dan disemak melalui doket. Seterusnya, tindakan akan diambil setelah diuji talian yang mengalami kerosakan. Bahagian ini akan memainkan peranan dalam beberapa tugas khas. Selain itu, bahagian ini bertanggungjawab terhadap rangkaian tempatan.

Berikut adalah tugas-tugas yang dilaksanakan di MDF (meja uji):
1.      Mengambil doket di printer LMG
2.      Membuat ujian (TEST SMIS)
3.      Mengedar doket kepada kumpulan penyelenggaraan (Maintanance Group)
4.      Membuat ujian bersama-sama kumpulan penyelenggaraan, iaitu panggilan dan ujian talian
5.      Menutup laporan kerosakan

o       Membuat pemasangan MDF adalah suatu perantaraan antara pelanggan dengan ibusawat. Fungsi utamanya ialah untuk menamatkan‘field cable’. Ia juga bagi melengkapkan ‘flexibility point’ di mana ‘line side’ disambungkan kepada ‘exchange side’ dengan menggunkan ‘jumper wire’.
o       Bilik MDF ini selalunya berada di atas bilik laluan kabel bawah tanah (cable camber) dalam bangunan ibusawat.
o       MDF merupakan suatu perantaraan ‘exchange side’ dengan ‘distribution side’.