Pasang Jumper


Pemasangan Jumper (Jumpering)

            Kaedah ini dilakukan untuk pemasangan, pemotongan pemindahan dan pembaikan talian telefon dan juga Streamyx. Terdapat perbezaan di antara talian telefon dan juga Streamyx dimana talian telefon dihubungkan melalui NTA ke bahagian ‘E-Side’ menggunakan ‘jumper’ biru dan putih sebanyak satu ‘pair’. Manakala bagi Steramyx ia menggunakan dua ‘pair’ wayar dimana ia disambungkan dari ‘port’ (in) ke bahagian NTA dan dari ‘port’ (out) ke bahagian ‘E-Side’. Kaedah yang dijalankan bagi pemasangan talian telefon ialah:
1.   Dapatkan nombor NTA dan ‘E-Side’ daripada pesanan perkhidmatan.
Contoh:
  NTA: 000414126  VBAR: 30190431
2.   Tarik ‘jumper’ untuk disambungkan dari NTA ke bahagian ‘E-Side’.
3.   Potong ‘jumper’ yang berlebihan dengan menggunakan ‘cutter’.
4.   ‘Punch’ ‘jumper’ tersebut menggunakan ‘puncher’ pada ‘tag block’.
5.  Uji sambungan tersebut menggunakan ‘handset’ bagi memastikan ianya mempunyai bunyi (tone) atau dengan mendail 1313 untuk memastikan nombor telefon pelanggan adalah betul.
Begitu juga bagi pembaikan kerosakan talian telefon di MDF. Perkara utama yang mesti dilakukan terlebih dahulu ialah periksa ‘jumper wire’ di bahagian NTA dan bahagian ‘E-Side’ jika terdapat ‘jumper’ yang terputus atau tidak di ’punch’ dengan baik. Seterusnya barulah melakukan kaedah ‘jumpering’.



0 comments: