Buat Virus Palsu


Cipta virus palsu.. apa tu? hari ini saya akan tunjukkan bagaimana cara untuk hack komputer dengan mencipta virus palsu, sesiapa yang terklik icon ini akan menyebabkan komputer diserang VIRUS!.. tapi ianya hanya virus palsu sahaja. Mungkin anda boleh gunakan trik ini untuk menakut-nakutkan kawan anda, mesti dorg gubra dan panik sebaik sahaja tertekan icon virus yang anda cipta tu.
Pesanan ikhlas saya, jangan gunakan trik ini untuk mengkhianati kawan-kawan anda, secara jujurnya saya tunjukkan trik ini hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja, tiada niat jahat yang tersembunyi..

Ikuti langkah berikut:
1.      Buat new shortcut – klik kanan mouse anda di halaman desktop, kemudian pilih ‘new’ dan klik ‘shortcut’.

2.      Letakkan kod ini [ shutdown -s -t 300 -c "mesej anda" ] dan klik ‘next’.. di bahagian ‘mesej anda’ anda boleh letak apa-apa sahaja mesej,seperti ‘komputer anda diserang virus’..pandai-pandai la anda nak letak mesej yang sesuai..:-)

3.      Klik ‘finish’

4.      Cuba anda klik icon shortcut yang telah anda buat tadi, selepas anda klik akan keluar tetingkap seperti di bawah ini :


Alamak! komputer dah kene virus lah,macam mana ni?! komputer anda akan shutdown dalam masa lima minit..kalau sesiapa yang terkena trik ini mesti tension! tak pasal2 komputer kene shutdown!
Tapi anda tidak perlu panik, anda boleh tutup semula tetingkap ‘warning’ tadi dengan dua langkah mudah:

Ikuti langkah berikut:
1.      Pergi ke run dan taip ‘cmd’ > ok

2.      Selepas itu taipkan ‘shutdown -a’ dan klik ENTER, secara automatik tetingkap ‘warning’ tadi akan tertutup.

1 comment: