No Internet Access



kenapa takda internet access??


Kali ni utk mukhadimah sy mls nak membebel byk so, sy straight to the point senang.

Entry ni sy tulis khusus utk korang2 yg ada masalah line internet (network coverage)
sekejap ada sekejap takda di rumah ye bukan di pejabat atau di tempat awam. Takut nanti ada yg slh faham pulak.

Mesti korang selalu merungut “apela masalah network umah aku ni?”
Okey, utk masalah ni selalunya berlaku disebabkan pertindihan network umah korang dgn jiran2 di sekitar umah korang atau kata omputih network clash.

Network clash?? Mcm mn blh clash?
haa.., ni cek nak habaq mai..
Network clash ni jd disebabkan modem umah korang dan modem jiran2 korang menggunakan
network channel yg sama.

Network channel?? Channel ape plak ni
Kat sini sy
umpamakan channel ni macam channel tv kat umah korang.
Ada channel tv 1, 2, 3 dan sebagainya. Mcm tu juga dgn network., network pun ada channel sendiri. Cuba korang bayangkan kalau channel tv 1 dan tv 2 kat umh korang di setkan ke dalam 1 channel yg sama, agak-agaknya ape yg akn jd?
Jawapannya mungkin boleh mungkin tak boleh. Kalau boleh mcm mana situasinya ya? Boleh tengok sebelah2 kot Ceh! Mengarut je. Kalau tv cerdik boleh la.
Sebenarnya tak boleh., sebab kalau korg set kan dlm 1 channel yg sama pastinya siaran tv 1 dan tv 2 tu berebut2 nak on-air, dua2 berebut nak kluar tv btl tak?
Network pn macam tu, kalau semua nak pakai channel sama mesti berebut2 skejap umah korang nak network skejap umah jiran pulak pening network tu die dibuatnya sebab tu network kat umah korang kadang2 ada kadang2 tak sebab die pening nak g umh mana satu.

Abis, nak buat macam mn?
Senang je..,
Pertama skali korang kena scan network2 yg ada di sekitar umah korang utk pastikan network korang tu betul2 bertindih atau tak. Kalau tak bertindih, kemungkinan besar korang ada masalah lain. So kena call pihak yg berwajib lah.
Ke dua, korang perlu tukarkan channel korang ke channel yang lain supaya network korang tu tak pening dan utk pastikan korang blh dapat network coverage yg bagus.

Macam mana nak scan network?
Untuk scan network korang perlukan bantuan software utk scan network2 yg ada kat sekitar korang dan dlm masa yg sama korang akan tahu channel2 yg korg dan jiran2 korang guna. Dari situ blh la korang ambil tindakan seterusnya utk mengatasi masalah ni. Nama software yg sy gunakan tu inSSIDer, korang boleh google dan download software tu. Paling senang korang download dari 4shared.
Kalau malas sangat korang klik kat sini. Lepas scan blh la amik langkah sterusnya utk tukar channel. Sebelum tukar kena tahu sikit2 macam mn nk pilih channel utk dapatkan network coverage yg bagus.

Ni contohnya bila korang dah install inSSIDer. Korang double click je icon inSSIDer kat desktop korang nanti die akan auto scan network yg ada kat sekitar umh korang.

Peringatan: install inSSIDer ni kat PC atau Laptop yg guna wifi. Kalau korang install kat PC atau Laptop yg guna kabel internet atau LAN Cable, software tu takkan berfungsi.

Faktor Pemilihan Channel
Nak pilih channel kena la pilih channel yg org lain tak pakai dan yg paling penting utk network coverage yg bagus channel tu tak bertindih dgn channel jiran2 korang. Gangguan yg mgkin berlaku utk network yg bagus adalah 20-25% bagi network yg tak bagus pulak gangguannya lebih dari 60%. Haa banyak kan??? Rugi je byr bil setiap bulan tapi network selalu problem.
Channel yg tersedia adalah dari CH 1 hingga CH 13. Kebanyakan modem kat umah korang akan disetkan kepada auto untuk senang kerja. Nasihat sy jgn set auto.
Abis bab channel.

Kat bawah ni sy bg gambaran yg lebih jelas kat korg semua.

Wifi name umh sy bariah09
Bulatan kuning: menyatakan channel2 yg digunakan oleh sy dan jiran2 sy.
Bulatan merah: dari jadual di atas, kini di terjemahkan dlm bentuk graf yg memudahkan korg menganalisis network coverage yg ada kat sekitar umh korg.

Korg blh tgok graf rijal dan INA82 berada dlm kedudukan yg sama walaupun jaraknya berbeza rijal (0-7) manakala INA82 (0-3), ini menyebabkan network INA82 mengalami gangguan yg sgt tinggi iaitu lebih dari 60%. Graf bariah09 berada dlm kedudukan yg baik kerana jauh dari rijal dan INA82, kemungkinan gangguan pada bariah09 hanyalah 20-25%.

Berdasarkan gmbr td sy sarankan INA89 setkan kpd kedudukan yg lain, kalau channel modem kena test channel (CH10 atau CH11) sampai graf INA82 menjarak selang satu dari rijal. Modem umh sy, sy setkan CH12 dan bila tgok dlm inSSIDer bariah09 berada pada kedudukan (10-13). Agak berbeza sedikit dari modem dan inSSIDer tp takda masalah jd jangan risau.


Tiba masanya untuk menukar channel korang pada modem.

Untuk modem D-link

Selesai sudah.. ilang beban korg..

0 comments: