Buat Partition Baru Dalam Windows


Buat partition semasa install Windows 7

Ikuti langkah-langkah berikut:
1.      Semasa proses install Windows 7 kita akan diberi pilihan di drive mana kita nak install Windows 7, seperti gambar di bawah:

2.      Klik pada Disk 0, dan klik New.

3.      Tetapkan saiz partition anda dalam MB. Sebagai contoh, saya akan buat partition pertama sebesar lebih kurang 8.5 GB jadi taip sahaja 8500 dan klik Apply. Apabila anda buat partition yang pertama, Windows setup akan buat satu reserve partition sebesar 100MB secara automatik. Tekan OK.

4.      Sekarang nak buat partition 3. Tekan mouse pada Disk 0 Unallocated Space, dan klik New.

5.      Masukkan saiz partition 3 yang anda nak buat. Di sini saya masukkan saiz maksimum yang ada. Tekan Apply.

6.      Langkah terakhir, klik mouse pada Partition 3 dan tekan Format.

Itu sahaja langkah-langkah yang perlu untuk buat partition semasa install Windows 7. Untuk meneruskan Windows Installation, ada boleh pilih partition mana yang anda nak install Windows 7 dan tekan butang Next.

Apabila anda dah siap setup Windows 7 kita akan dapat lihat Partition 3 iaitu Drive D dalam My Computer ataupun Windows Explorer.

SELAMAT MENCUBA!!!
HWAITING!! (bahasa Korea)



0 comments: