Berikut
adalah cara-cara mudah untuk meng-install Ubuntu ke dalam laptop atau komputer
anda.
Langkah-langkah sebelum Install:
1. Download ISO Ubuntu di sini. Saiz ISO
ini lebih kurang 700MB sahaja. Perisian ini adalah percuma jadi jangan bimbang jika anda nak men-download.
2. Burn fail ISO itu ke dalam CD/DVD (dalam bentuk CD Image dan bukannya dalam bentuk
data).
Langkah-langkah meng-install Ubuntu ke
dalam HDD anda:
1. Setkan boot priority pada BIOS komputer anda supaya membaca
CD/DVD drive terlebih dahulu sebelum HDD.
2. Masukkan CD/DVD Ubuntu 11.10 ke dalam CD/DVD player, kemudian
restart komputer. CD/DVD anda akan terus berfungsi secara automatik sekiranya
boot priority adalah tepat.
3. Anda akan melihat skrin berikut muncul. Tekan [ENTER] pada
keyboard untuk membuat pemilihan bahasa. Dalam tutorial ini saya menggunakan
"English".
4. Pada paparan kedua ini, saya lebih menyarankan anda memilih [Try
Ubuntu without installing]. Sekali lagi tekan [ENTER] pada keyboard untuk
membuat pemilihan.
5. Selepas anda masuk ke desktop live cd ubuntu, double-click pada
ikon [Install Ubuntu 11.10].
6. Tetingkap seperti di bawah akan muncul. Sekali lagi, pilih
[English] dan klik [Continue].
7. Langkah ini akan membuat semakan adakah komputer anda mempunyai
ruang untuk pemasangan Ubuntu. Saya tidak menyarankan anda untuk tick pada 2
pilihan di bawah kerana ia melibatkan proses download data dari internet yang
mungkin akan melambatkan proses pemasangan. Klik [Continue].
8. Langkah ke 8 ini akan menentukan dalam ruangan mana Ubuntu 11.10
akan dipasang. Ada 2 kes yang saya akan ulas di sini memandangkan langkah ini
antara yang terpenting.
i.
Hanya untuk pengguna advance sahaja:
Pilih [Something else]
kemudian klik pada [Continue].
Kemudian, pilih
partition yang ingin dipasang Ubuntu ke dalamnya. Pastikan ianya di format
kepada filesystem yang anda kehendaki dan disetkan mount point kepada
"/". Anda juga perlu mencipta partition swap anda sendiri sekiranya
memilih langkah 8.i ini.
ii.
Pilih [Erase Disk & Install Ubuntu]
Anda akan dibawa ke
paparan berikut. Pilih partition yang ingin anda pasang Ubuntu pada [Select
drive]. Grafik di bawah akan menunjukkan keadaan partition tersebut setelah
Ubuntu dipasang padanya. Klik [Install Now].
9. Sambil proses pemasangan berlansung, anda akan dipaparkan
beberapa paparan tetapan seperti berikut.
i.
Tetapkan lokasi & time
zone. Klik [Continue].
ii.
Tetapkan keyboard layout
(biasanya English US). Klik [Continue].
iii.
Tetapkan maklumat diri
& kata laluan. Klik [Continue].
iv. Tetapkan gambar identiti
anda. Anda boleh menggunakan webcam jika perlu. Klik [Continue].
v. Tunggu hingga proses
pemasangan selesai.
Tips : Skip proses yang melibatkan muatturun data dari internet
sekiranya anda mempunyai internet yang terbatas.
10. Restart komputer/laptop anda.